Selaput ini merupakan selaput nipis yang dianugerahkan Allah khas untuk perempuan..
Selaput ini apabila terkoyak akan mengeluarkan darah..Biasanya darah ini akan keluar apabila suami isteri melakukan hubungan kelamin..Itulah sebabnya selaput ini dipakai sebagai keperawanan perempuan..
**Tetapi jangan salah anggap,memang selaput ini sangat nipis,jadi tidak semestinya selaput ini terkoyak kerana hubungan suami isteri tetapi boleh dikaitkan dengan faktor harian kita seperti jatuh dari pokok,gimnastik,mengayuh basikal atau berenang..
Selain nipis,selaput ini juga bervariasi..Setiap perempuan memiliki selaput yang berbeza kekenyalan dan morfologi iaitu bentuk..
***Mungkin kalau kenyal,seseorang perempuan selaput daranya tidak akan koyak seumur hidup..Jadi tidak adil jika seorang lelaki melihat kesucian isterinya melalui dari pendarahan selaput dara..
****Dan sungguh tidak adil juga jika kaum wanita yang berlagak memperjuangkan nasib perempuan tetapi membiarkan pelacuran tumbuh subur,berganti-ganti pasangan, atau kebebasan jahilliah yang lainnya..Membiarkan selaput dara itu rosak ditangan kedurjanaan..
Sungguh indah Islam yang memuliakan perempuan..
Hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah (:
" wanita itu dinikahi kerana empat aspek : kerana hartanya,kerana keturunan,kerana kecantikan dan kerana agamanya..Oleh kerana itu,pilihlah wanita kerana agamanya,nescaya engkau akan beruntung "
Beginilah Islam menilai perempuan..suci dan terhormat..
Bukan sekadar selembar selaput yang menjadikannya suci..bukan kecantikan yang membuatkan tinggi..hanya agama,iaitu akhlak yang memancarkan keimanan...Luar biasa!Cuma Islam yang indsah sebegini..
No comments:
Post a Comment