Sunday 29 January 2012

Rahsia Tahi Lalat

Assalammualaikum daripada penuntut ilmu..hari ini aku ingin berkongsi kepada kalian mengenai rahsia tahi lalat..setiap insan dekat dunia alam fana ciptaan Tuhan mempunyai tahi lalat walaupun sekecil mana pun,bahagian mana pun tetap memberi maksud yang tersirat dan tersurat..


                       



TandaFirasat Tahi Lalat
Bibir atas kananBanyak rezeki, pandai
Bibir atas kiriRamai kawan, baik hati
Bibir bawah kananDisegani orang, ramai yang suka
Bibir bawah kiriPandai bicara, tak mudah kalah
Leher kananCerdas, jujur, berani menderita
Leher kiriCerdas dalam segala hal dan banyak pengetahuan
Leher di tengahTercapai cita-cita
Biji mata kananSuka serong dan pembohong
Biji mata kiriPembohong tetapi baik hati
Hujung mata kananBaik hati, sopan santun, cerdas
Hujung mata kiriBaik budi, murah rezeki
Punggung kananAgak mengalami kesulitan
Punggung kiriMalas dan suka duduk
Betis kananSuka berhibur, boros
Betis kiriRajin, tidak suka menganggur
Lutut kananBersikap tidak peduli dan tidak mahu berusaha
Lutut kiriKurang kuat berusaha
Kepala sebelah kananTerkabul cita-cita
Kepala sebelah kiriSering menemui kesusahan
Kepala sebelah belakangJujur, sabar dan tekun
Kening kananCerdas dan cekap
Kening kiriCerdas dan sopan santun
Tengah keningKeras hati dan berani segala hal
Hujung mulut kananKecil rezeki, tak mudah kalah
Hujung mulut kiriSuka berpoya-poya
Ketiak kananDapat menyimpan rahsia
Ketiak kiriJujur, banyak yang cinta
Pergelangan kaki kananSuka keluar rumah
Pergelangan kaki kiriKehendak kuat
Batang hidungBanyak dicintai orang dan dapat menjadi kaya
Pada hidungBanyak rezeki
Dagu bawah kananJujur dan baik hati
Dagu bawah kiriBijaksana, dan berbudi luhur
Kemaluan kanan atau kiriBaik, suka senggama
Di kepala kemaluan (lelaki)Bakal beristeri dua
Tumit kananJujur dan banyak kawan
Tumit kiriBaik budi
Alis kananSuka menolong dan baik hati
Alis kiriRamai yang suka
Pangkal peha kananKemahuan kuat
Pangkal peha kiriSuka kerja apa pun
Telapak kaki kananTak mudah mengeluh
Jari kaki kananSuka menolong
Jari kaki kiriBerbudi, suka berbuat baik
Bahu kananCermat dalam membuat keputusan, banyak tanggungan
Bahu kiriSuka kerja keras, banyak tanggungjawab
Buah dada kananBaik hati, pendiam, simpan rahsia
Buah dada kiriRamai kawan, setia pada pasangan
Lengan kananSetia dan taat pada atasan
Lengan kiriMenepati janji dan rajin
Pipi kananRamai teman
Tengah-tengah pipi kananRamai yang suka
Tengah-tengah pipi kriRamai teman
Ubun-ubunKurang jujur
PusatCerdas, tangkas, tekun
Pusat bahagian kananSejahtera dalam hidup
Pusat bahagian kiriBeroleh kemuliaan
Pinggang kananSayang pada pasangan hidup
Pinggang kiriDisayang pasangan hidup
Dada kananDapat mengatasi masalah
Dada kiriBerani, jujur dan sabar
Telapak kaki kananTidak mudah mengeluh
Telapak kaki kiriBaik budi pekertinya
Siku tangan kananKuat ingin memiliki kejayaan
Siku tangan kiriBaik hati, suka menolong
Jari tangan kananSerba beroleh keuntungan
Jari tangan kiriSerba baik bekerja
Jari telapak tangan kananBanyak rezeki tetapi boros
Jari telapak tangan kiriBanyak rezeki dan cermat
Pergelangan tangan kananBoros, suka bersukaria
Pergelangan tangan kiriDapat berpangkat
Perut bawah kananBanyak rezeki, suka memberi maaf
Perut bawah kiriBaik hati, tenang hidupnya
Sudut mata kanan dalamDisayang suami atau isteri
Sudut mata kiri dalamTidak mudah dilupakan pasangan
Sudut mata kanan luarBaik budi, ramai yang cinta
Pelipis kiriMurah rezeki, dapat jadi kaya
Pelipis kananSerba berhasil dalam usaha
Kelopak mata kanan atasBaik hati, ramah, berjaya
Kelopak mata kiri atasBaik budi, ramai yang suka
Kelopak mata kanan bawahAgak malas
Kelopak mata kiri bawahAgak lemah, kurang bijaksana



             



selamat membaca (:

Selaput dara dan kesucian wanita

Salam hujung minggu (: Hari ini aku mahu kongsi pula dengan para pembaca mengenai selaput dara dan kesucian wanita..







Selaput ini merupakan selaput nipis yang dianugerahkan Allah khas untuk perempuan..
Selaput ini apabila terkoyak akan mengeluarkan darah..Biasanya darah ini akan keluar apabila suami isteri melakukan hubungan kelamin..Itulah sebabnya selaput ini dipakai sebagai keperawanan perempuan..


**Tetapi jangan salah anggap,memang selaput ini sangat nipis,jadi tidak semestinya selaput ini terkoyak kerana hubungan suami isteri tetapi boleh dikaitkan dengan faktor harian kita seperti jatuh dari pokok,gimnastik,mengayuh basikal atau berenang..


Selain nipis,selaput ini juga bervariasi..Setiap perempuan memiliki selaput yang berbeza kekenyalan dan morfologi iaitu bentuk..


***Mungkin kalau kenyal,seseorang perempuan selaput daranya tidak akan koyak seumur hidup..Jadi tidak adil jika seorang lelaki melihat kesucian isterinya melalui dari pendarahan selaput dara..


****Dan sungguh tidak adil juga jika kaum wanita yang berlagak memperjuangkan nasib perempuan tetapi membiarkan pelacuran tumbuh subur,berganti-ganti pasangan, atau kebebasan jahilliah yang lainnya..Membiarkan selaput dara itu rosak ditangan kedurjanaan..


Sungguh indah Islam yang memuliakan perempuan..


Hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah (:

" wanita itu dinikahi kerana empat aspek : kerana hartanya,kerana keturunan,kerana kecantikan dan kerana agamanya..Oleh kerana itu,pilihlah wanita kerana agamanya,nescaya engkau akan beruntung "



Beginilah Islam menilai perempuan..suci dan terhormat..



Bukan sekadar selembar selaput yang menjadikannya suci..bukan kecantikan yang membuatkan tinggi..hanya agama,iaitu akhlak yang memancarkan keimanan...Luar biasa!Cuma Islam yang indsah sebegini..

Saturday 28 January 2012

20 Petanda lelaki serius dalam percintaan (:

                                         

Tip cinta ini telah disampaikan oleh Miss Amy melalui Forum Tentang cinta (:

  1. Kecantikan kamu diketepikan,keikhlasan kamu diutamakan..
  2. Apabila timbul orang yang ketiga dia akan hilang akal dan sanggup berbuat apa saja untuk merebut kembali kekasihnya..
  3. Si dia sentiasa menghantar sms walaupun tidak terbalas..Ini tandanya si dia sentiasa memikirkanmu..
  4. Si dia sanggup menitiskan air mata kerana kekasihnya..Bukan semua lelaki sanggup menitiskan air mata untuk seorang wanita..Tidakkah kamu terharu melihat seorang lelaki menitiskan air mata untukmu??..Ini membuktikan cintanya begitu kuat buatmu..
  5. Sentiasa menghiburkan hatimu di kala gundah..Sentiasa bersungguh melakukan sesuatu untukmu..
  6. Jangan kamu anggap lelakimu yang kuat membebel..Sekiranya setiap masa dia cuba untuk memberikan nasihat..INGAT!nasihat maksudnya mengingati..
  7. Jika sudah sayang,macam-macam yang kamu fikirkan..termasuklah bimbang akan kehilangannya..Begitu juga jika teman lelakimu menyatakan dia selalu memikirkanmu dan risaukan kesudahan hubungan kamu..Ini bermakna dia selalu fikirkan mengenai hubungan dan cara untuk menyelamatkan hubungan daripada berakhir begitu sahaja..
  8. Ada juga lelaki yang cepat marah-marah apabila apa yang dia katakan tidak diberi perhatian sepenuhnya..lebih-lebih lagi daripada orang yang mereka sayang..Baginya kamu bersikap acuh tak acuh..hal ini boleh menyebabkan perasaan cemburu yang meluap-luap..Tambahan pula,jika kamu boleh menjadi pendengar yang setia apabila berdampingan dengan orang lain..Pasti dirinya tidak berguna padamu..
  9. Lucu tetapi hakikatnya begitulah apabila perangai teman lelakimu tidak ubah seperti anak-anak kecil semata-mata untuk mendapatkan perhatian daripadamu..Si dia mahu bermanja dan inginkan kekasih hatinya melayannya lebih daripada orang lain yang pernah kamu sayang..Kalau dia merajuk hati,sesekali bolehlah memujuknya..
  10. Kamu hadapi masalah dan orang pertama yang datang membantumu adalah teman lelakimu..Tandanya dia tidak mahu melihat kamu susah dan rasa tanggungjawab untuk membantu..
  11. Sekiranya teman lelakimu bertanyakan benda yang sama..jangan anggap soalan itu suatu yang membosankan..Itu tandanya si dia tidak mahu kasih sayangmu kepadanya luntur..Sebab itulah,kalimah tersebut sentiasa diulang-ulang agar kamu tahu betapa si dia sentiasa mahu kamu ingat dirimu sudah dimiliki olehnya..
  12. Tidak suka kamu berpakaian seksi kerana tidak mahu lelaki lain melihat kamu walaupun berpakaian berlengan pendek..
  13. dia berusaha mengongkong kebebasan kekasihnya kerana perasaan cemburunya yang meluap-luap..
  14. Dia sentiasa mengawasi pergerakan kekasihnya kerana perasaannya yang sentiasa curiga..
  15. Dia mudah berasa cemburu dan sensitif apabila kekasihnya tidak menumpukan perhatian kepadanya..
  16. Dia tidak akan melayan perempuan lain yang tidak ada urusan penting baginya..
  17. Kalau ditinggalkan oleh kekasihnya,dia akan berasa serik dan tidak percaya akan cinta perempuan lain namun dia sentiasa berharap kekasihnya kembali padanya..
  18. Dia tidak suka kamu keluar malam kerana sentiasa menjaga pandangan orang terhadap kamu..
  19. Dia tidak akan berlaku curang kepada kekasihnya namun jikalau dia berbuat demikian itu berarti hatinya belum 100 peratus mencintai kekasihnya..
  20. Dia tidak suka ada lelaki lain yang mendekati kekasihnya..
                                  


Hargailah lelaki dan terimalah mereka seadanya..Berilah dirimu peluang untuk mencintai seseorang yang bergelar lelaki..

Thursday 26 January 2012

Berkahwin ketika belajar (:

Assalammualaikum kepada pembaca yang sudi membaca..Hari ini aku ingin berkongsi sedikit ilmu yang aku dapat..hehehe~sedikit kah??tapi aku rasa banyak..xpa..kepada pembaca yang sedia membaca..jom!kita sama-sama berkongsi ilmu..apa yang aku coret adalah bersangkut paut dengan tajuk atas ya.....

Daripada Abdullah bin Mas’ud r.a berkata: “Ketika kami muda, kami berada bersama-sama Nabi s.a.w dan kami tidak mempunyai apa-apa harta. Baginda berkata kepada kami: “Wahai para pemuda! Jika kamu mampu hendaklah kamu berkahwin, sesungguhnya perkahwinan itu menutup pandangan dan menjaga kemaluan. Sesiapa yang tidak mampu hendaklah berpuasa kerana berpuasa itu adalah pendinding baginya.” (Riwayat Imam Bukhari dan Muslim)



Norma masyarakat kita, tamat pengajian dan bekerja beberapa tahun dulu baru mendirikan rumah tangga...Namun,kini semakin ramai pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) berkahwin ketika belajar terutama dalam kalangan penuntut pengajian Islam dan mereka yang belajar di luar negara...Sememangnya memenuhi tuntutan agama itu pada usia muda memberi banyak manfaat terutama untuk menghalalkan hubungan daripada terjebak dengan budaya couple yang boleh mengundang maksiat...Melangsungkan perkahwinan pada cuti semester menjadi pilihan kebanyakan pelajar yang mengambil keputusan kahwin awal...Dengan restu dan sokongan ibu bapa, niat baik mereka dipermudahkan walaupun berdepan pelbagai cabaran...Pelajar terpaksa membuat persiapan saat akhir kerana perlu menduduki peperiksaan dan bersengkang mata membuat kerja sampingan bagi memastikan bajet mencukupi...Antaranya, pasangan pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Mohd Azwan Fadhli Muhamad, 24 dan Azizan Mohd Zan,23 yang sah bergelar suami isteri apabila menjalani akad nikah,baru-baru ini di Klang...Mohd Azwan berkata, beliau berhasrat mengikut hubungan suci itu sejak tahun lalu,bagaimanapun perlu beberapa kali berjumpa keluarga pasangannya untuk meyakinkan mereka mengenai hasrat murninya itu...Katanya, perancangan awal memeterai ikatan itu pada Mei lalu,setelah bertunang Februari lalu, bagaimanapun tarikh itu ditunda kepada cuti semester bulan ini kerana faktor kewangan dan tuntutan pengajian...





“Sejak mengenali Azizan yang juga sama kelas bagi mata pelajaran Khat,saya bercadang berkahwin awal...Saya yakin keputusan mendirikan rumah tangga pada usia muda pastinya membawa berkat...





“Melihat ramai rakan di universiti yang berkahwin ketika belajar bertambah terurus hidup mereka, mendapat keputusan akademik lebih baik...Mereka juga bijak mengurus masa serta lebih bertanggungjawab...Senario ini meningkatkan keyakinan saya untuk meneruskan hasrat ini...





“Keputusan menangguhkan perkahwinan juga bagi menghormati permintaan ibu mentua yang mahukan anaknya tamat pengajian sekurang-kurangnya pada peringkat ijazah Jun lalu sebelum meneruskan pengajian al-Quran dan Sunnah peringkat sarjana bermula 13 Disember lalu,” katanya...






Mohd Azwan yang kini mengikuti pengajian tahun akhir ijazah Sains Seni Bina berkata bagi menanggung kos perbelanjaan perkahwinan kira-kira RM15,OOO, beliau mengambil upah projek seni reka grafik dan fotografi sementara pasangannya menjadi guru tadika serta mengadakan kelas tuisyen sebagai pekerjaan sampingan...






Sementara itu,Azizan berkata,persefahaman antara pasangan dengan keluarga memudahkan persiapan perkahwinan termasuk mengambil langkah berjimat cermat...





“Memahami situasi kami yang sama-sama belajar dan belum ada pendapatan tetap keluarga tidak meletakkan nilai hantaran terlalu tinggi dan pemilihan barang hantaran juga berpatutan...







“Kad jemputan perkahwinan kami siap sebulan sebelum majlis kerana dibuat sendiri Mohd Azwan yang perlu menunggu tamat peperiksaan pada awal bulan lalu sebelum menumpukan sepenuhnya pada persiapan perkahwinan...







“Tarikh majlis bertandang bagi sebelah keluarga lelaki juga belum ditetapkan kerana perlu memikirkan soal peruntukan kewangan untuk majlis itu serta memberi keutamaan kepada pengajian semester baru bermula,” katanya..



Mengenai perancangan selepas berkahwin, Azizan berkata, mereka terpaksa tinggal berasingan di kolej kediaman masing-masing selama dua bulan sebelum menyewa rumah berhampiran UIAM...



“Kami akan terus melakukan kerja sampingan untuk menyara hidup selepas berkahwin dan pada masa sama memastikan kecemerlangan akademik supaya dapat terus menikmati kemudahan biasiswa...







“Walaupun hidup serba sederhana, lebih utama kami menghalalkan hubungan dan percaya Allah SWT sentiasa membuka pintu rezeki bagi kami..Petanda sudah ada kerana Mohd Azwan ditawarkan jawatan artis grafik sambilan daripada sebuah syarikat baru-baru ini,” katanya...



Dalam surah An-Nur ayat ke 32 terjemahannya:
Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu,dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan...Jika mereka miskin,Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui...


selamat membaca (: 




Wednesday 25 January 2012

kata-kata cinta 2012


 
oke,hari ini aku mahu kongsi kata-kata cinta daripada aku..
almaklumlah,hari hujan..sesuailah dengan tema dekat atas ya..


  • aku cinta kamu a sampai z..
  • aku sedar aku tak sempurna tapi kau telah menyempurnakanku dengan cintamu..
  • jika mencintaimu dimulai dengan senyuman,akan ku akhiri dengan sebuah pelaminan..
  • tak perlu kau mencari tulang rusukmu,kerana aku disini merupakan tulang rusukmu..
  • aku tidak dapat membaca apa yg bermain dalam kotak fikiran kamu,tapi apa yang aku mampu hanya mencintaimu segenap hati...
  • tidak perlu ku menunggu ucapan cinta darimu,perhatianmu dan senyumanmu,cukuplah hanya membuat aku tahu,KAU MENCINTAI AKU..
  • kata-kata cinta bukan hanya ungkapan,bukan hanya tulisan,tapi cukup dengan perasaan..
  • ketika aku tidak berada bersama denganmu,ingatlah bahawa hatiku selalu denganmu..
  • teruslah berlari..dan apabila kau letih,pandanglah ke belakang kerana aku sentiasa menantimu..
  • 1000 kata yang terucap tetapi 1 kata yang terindah iaitu cinta..
  • aku mencintaimu kerana di sisi mu aku berasa tenang..
  • kelabu itu menghiasi awan ku,sesaat lagi langitku akan hujan,dear biru jangan membuatku lama menunggu...
  • cinta dan setia itu pilihan,bukan jalanan..\
  • aku mencintaimu kerana semua hal yang kamu lakukan tidak pernah kau minta terbalas,,

:: nah! itulah kata-kata cinta 2012..yang berhasil ku kumpul..